Lemang Santan Kara Kukus DIY Azman

  1. Untuk 4-5 batang
  2. Ukur Buluh ikut saiz periuk besar dan oven
  3. Ukur daun pisang (terbaik daun pisang benggala/galla)
  4. Santan kara sekotak (500ml+200ml) + air (2.5 x santan)
  5. Garam kena rasa jangan lebih jangan kurang, penting.
  6. Beras Pulut Susu Siam

Cara2:

  1. Basuh beras pulut dan tos
  2. Sediakan santan dan air dan garam
  3. Rendam santan dan beras 2 jam
  4. Asingkan semula santan dan beras
  5. Masukkan beras dalam buluh berlapik daun dgn 1/3 bahagian buluh atau 15 sudu kemudian hentak sekali kemudian sambung masuk sehingga 2/3 dan hentak sekali dan penuhkan dan hentak sekali
  6. Masukkan air santan ke paras beras, lebihkan sedikit sahaja dalam 2cm
  7. Kukus selama 2 jam
  8. Bakar oven selama 30 minit

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started